Testimoni

1. Shukeri Mohamed

Menjalankan bisnes Tone Excel bermula 2010 sehingga 2011 sahaja, selepas itu beliau diserang sakit buah pinggang dan sekarang hanya mampu berkerusi roda. Selepas 2011, dia langsung tidak mampu menjalankan apa2 bisnes lagi. Tiada pencen, tiada insurans yang mahu menanggung kehidupan beliau. Syukur, di dalam Tone Excel ini ada passive income. Selama 4 tahun, setiap bulan sehingga ke hari ini, beliau masih menerima komisyen dari Tone Excel dalam lingkungan RM4,000 sebulan. Kata-kata beliau yang saya ingat sehingga ke hari ini, "Kalau saya mati hari ini pun saya dah tak kesah, saya tahu pencen dari Tone Excel tetap boleh diwarisi oleh keluarga saya, walau pun saya dah tiada lagi".


2. Siti Nuridah Jamal

Salam jutawan kpd sifu2 kita dan kpd bakal2 jutawan, salam jutawan juga kpd yg baru join dlm keluarga besar Tone Excel... sesungguhnya tahniah kpd diri kita sbb memilih jd pengguna HP yg bijak.

Nama saya Siti Nuridah Jamal, Senior Center cwngn Kuala Terengganu... beralih ke simkad Tone Excel pd 19 julai 2013. Masih ingat lg bagaimana mula2 saya berminat dgn bisnes ni... saya surirumah sepenuh masa dan sebelum ni seorg yg buta it, tak berminat pun dgn fb... atas desakan keluarga yg sering mencabar... saya belajar sedikit demi sedikit... hingga kini bolehlh sikit2 ilmu ttg internet... saya tidak sia2kan peluang ini... habis satu2 saya belek... hingga terjumpa youtube dan website yg menceritakan ttg peluang yg ada dlm simkad Tone Excel.

Berminggu juga mengkajinya sbb sebelum ini saya byk ceburi perniagaan beri hutang pd pelanggan... nasib x baik modal ke mana untung pun hanya ada pd kertas... menangis jugalh... tp saya nekad bangun semula... bila terjumpa peluang ini yg blh menggantikan bisnes saya yg telah gagal... pada hari itu saya daftar... Alhamdulillah, bila dah setahun ceburi Tone Excel saya yakin dgn bisnes ini 100% boleh membantu ramai org, buktinya pun kita dah nampak... ramai yg berjaya menjana 3 hingga 6 angka... tahniah semua.

Walaupun tindakan saya slow tak sepantas rakan2 lain tp pendapatan bulanan tunjukkan peningkatan tidak pernah turun bahkan semakin menaik... syukurlah saya bertambah yakin dan akan teruskan perjuangan krn saya percaya bisnes ini mmg yg terbaik. Terima kasih Tone Excel krn telah beri peluang kpd kami menjana pendapatan pasif dgn menggunakan HP... agak kecewa juga sbb walaupun dah ramai yg bertukar simkad tp masih berjuta-juta lg yg masih belum nampak peluang baik ini... semoga satu masa dan ketika mereka akan menyedarinya... terima kasih.


3. Tan Yong Jie

Hi everyone, saya Tan Yong Jie, belajar tak habis form 4, tiada certificate SPM, i pakai simkad Tone Excel pada hujung tahun 2012, masa tu i umur 18. Kenapa i pakai simkad ni?

Kerana i tengok peluang perniagaan ini, kerana dulu i pun kerja dekat flexi top up, biasa dealer dapat percentage pun hanya 2% - 4% something, i tengok Tone Excel boleh dapat sampai 26%, banyaknya!!! Masa tu i terus call kawan i, tanya macam mana bisnes ini function, lepas tanya, terus beli 5 kad bagi keluarga pakai sekali.

Lepas setahun setengah, bulan lepas top up komisyen dan jualan kad-kad, income dah cecah RM18k, banyaknya... memang luar pun banyak kerja boleh dapat belasan ribu dalam sebulan, tapi yang tu kena kerja 12jam sehari, tapi i kerja Tone Excel cuma 2jam sehari, beza memang banyaklah...

I rasa lepas 2 tahun, dalam 10 orang i promote, mungkin ada 3-5 orang akan pakai Tone Excel, lepas 5 tahun, dalam 10 orang ada 7-8 orang mesti pakai Tone Excel, jangan fikir banyak sangat la, dengar Sifu Mazelan Abas cakap, buat saja la... Anda buat, anda dapat.


4. Azizi

SubhanAllah. Asal mulanya saya "terjebak" dengan bisnes TONE EXCEL berpunca bila tempat kerja saya (oil & gas) di mana saya sudah bekerja lebih 12 tahun akan berpindah lokasi utk membuka plant & kapasiti lebih besar di WestPort (plant saya di Senawang, Seremban). 4 orang teman sekerja saya sudah ditransfer ke sana. Saya tinggal seorang dan waktu kerja mengikut "normal time" iaitu 8.00pg - 5.00ptg.

Waktu kerja lebih masa (overtime) sudah tiada dan ini menjejaskan perbelanjaan bulanan saya kerana lebih separuh gaji sudah tiada. Overhead bulanan sudah melebihi gaji yg diperolehi.

Alhamdulillah, saat terdesak ini, saya ditemukan dgn bisnes TONE EXCEL. Tiada yg bertemu utk bercerita ttg bisnes ini tetapi bermula apabila saya terjumpa sehelai kertas berkenaan kelebihan TONE EXCEL.

Saya baca dan teruja. Saya rasa inilah bisnes yang saya cari untuk menampung kembali gaji saya yg hilang.

Pada bulan pertama saya guna simkad ini, Komisen Topup hanya RM17.90... saya akan ingat jumlah ini. Jumlah kecil ini memberi makna yg amat besar kerana selama ini telco lain tidak pernah beri apa2 income pada saya walau 10sen sekalipun. Pada bulan kedua makin meningkat, bulan ketiga meningkat lagi, dan bulan keempat sudah layak dapat pakej umrah dari TONE EXCEL. Alhamdulillah.

Pulang dari umrah atas doa dan keyakinan saya ketika berdoa depan Kaabah, saya ambil keputusan tekad utk berhenti kerja yg sudah saya ceburi selama 12 tahun. Penentangan awal adalah dari ibu saya sendiri. Saya daftarkan beliau dengan TONE EXCEL dan meletakkan beberapa nama di bawah nama beliau. Saya pegang tangan ibu saya mohon doa agar beliau restui saya.

Setelah beberapa bulan bersama TONE EXCEL, komisen bulanan makin meningkat dan saya semakin yakin inilah perniagaan yang wajib kita ceburi.

Saya amat bersyukur pada Allah kerana pertemukan saya dgn bisnes ini, terima kasih semua teman2, para sifu dalam TONE EXCEL, pihak management TONE EXCEL juga keluarga serta teman sejati yg menyokong serta mendoakan saya.

Bisnes TONE EXCEL juga menyedarkan saya ttg peri penting beri bantuan kepada yg memerlukan. Rezeki yg Allah beri bukan utk kita seorang tetapi utk diagih kepada makhluk yang lain. Ketika saya menulis kisah ini, saya menginap di Hotel Hard Rock Bali atas Insentif Trip ke Bali yg ditaja oleh TONE EXCEL.

"Jadi kaya bukan bermakna berapa yg kita ada, tetapi berapa yg kita boleh beri."

Alhamdulillah, syukur.

Terima kasih TONE EXCEL.


5. Mazelan Abas

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel ini. Semoga ada panduan yang boleh diambil. Jika dalam masa 4 tahun saya boleh dapat pendapatan lebih setengah juta ringgit TIAP-TIAP BULAN, saya doakan yang ANDA dapat sama seperti saya atau dapat lebih lagi daripada saya. Amin.

*************************************************************
*************************************************************

Apa khabar rakan2 semua.

Selepas abang Ishak menerangkan tentang peluang menjana pendapatan melalui Tone Excel ini, saya terus beli simkad daripadanya, dulu harga sekeping RM68, tapi sekarang sudah 4 kali naik, harga sekeping sudah menjadi RM98.60.

Dia pun terus registerkan, maka waktu itu saya terus dapat id dan idp saya adalah 8694. Disebabkan Tone Excel menggunakan id yang running number, iaitu mengikut turutan dan bermula dari 0000001, maknanya saya adalah orang yang ke lapan ribu lebih di dalam Tone Excel ini. Sudah ada 8693 orang telah register terlebih dahulu daripada saya.

Hari pertama saya daftar, saya terus buang simkad lama yang saya sudah gunakan lebih daripada 10 tahun. Isteri saya terkejut, dia kata, "ai.. takkan buang macam tu saja, tak sayang ke no. contact yang ada, susah orang cari awak nanti!"

Saya jawab, "Sekarang ini saya sudah ada bisnes sendiri, bisnes Tone Excel, mana boleh saya pakai simkad lain, simkad pesaing bisnes saya sendiri pulak tu. Selepas hari ini, awak dan anak2 diwajibkan pakai simkad Tone Excel, ini arahan dan perintah, bukan cadangan. Mana boleh berjaya tauke Coca-Cola, jika tauke dan ahli keluarga dia sendiri minum Pepsi."

Rakan2 semua, Ananda Krishnan (tauke Maxis) pasti tidak boleh berjaya kalau dia sendiri pakai Celcom ke, pakai Digi ke, pakai U-Mobile ke. Ini semua adalah common sense atau peraturan paling asas untuk menentukan kejayaan sesuatu bisnes tersebut.

Salah satu sebab kenapa saya buang simkad itu, adalah kerana saya tak tahu waktu tu kita boleh kekal nombor lama. Cumanya sehingga hari ini, walaupun saya dah tahu, jika ada yang bertanya kepada saya, apakah tindakan awal yang telah menjadi penentu kejayaan saya dalam Tone Excel ini, saya tetap akan cakap, "Tindakan terbaik dan terbesar saya di peringkat awal adalah ketika saya buang simkad lama saya ke dalam tong sampah."

Langkah seterusnya, apabila saya sudah faham serba sedikit tentang Tone Excel ini, apabila isteri dan anak2 saya dah didaftarkan, apa lagi, dengan ilmu yang sedikit ini sahaja, saya terus cari rakan2 dan ceritakan kepada mereka dengan penuh semangat, padahal itu baru hari kedua saya daftar. Saya bercerita seolah-olah saya sendiri dah dapat puluhan ribu, tapi bila mereka tanya,

"Engkau dah dapat berapa Lan?"

"Laaa... aku kan baru register, maknanya belum dapat lagi la, tapi engkau tak nampak ke, duit yang sangat banyak ni, dan kemudian kita tak perlu kerja lagi, tiap2 bulan duit komisyen topup akan masuk, engkau tak nampak ke? Ini peluang sangat2 besar, dan kita tak akan jumpa lagi peluang seperti ini dalam masa 100 atau 200 tahun..."

"Engkau biar betul Lan, ni bisnes 10sen 20sen bila masa nak kaya?"

"Cuba engkau guna otak sikit, kalau bisnes ini tidak menjanjikan rezeki yang banyak, engkau ingat Tony Fernandez (tauke Air Asia) yang dah banyak kapal terbang tu, nak buat ke bisnes (Tune Talk) 10sen 20sen ni. Kerana bisnes 10sen 20sen ni lah, Ananda Krishnan (tauke Maxis) jadi antara orang terkaya di Malaysia tau, kerana bisnes 10sen 20sen ni lah, Carlos Slim Helu (tauke Telmex - Mexico) jadi orang terkaya di dunia tau. Engkau dengan aku apa ada, cakap macam pandai tapi merempat sampai mati, kerja sampai berkedut. Aku tak mau, kalau engkau nak join, jom sekali buat betul2 dengan aku, kalau tak mau, no problem, engkau buat apa yang engkau buat sekarang, kerjalah sampai bila2, tapi yang pasti engkau tak akan jumpa peluang yang besar macam ni lagi dengan modal tak sampai 100 ringgit. Aku nak berjaya sama2 dengan engkau, tapi kalau engkau tak mau, aku pasti akan berjaya walaupun tanpa engkau. Ingat no. phone aku, bila2 engkau nak join, call aku cepat, sebab aku tak boleh tunggu engkau untuk berjaya."

Ini contoh2 cara saya sembang dengan rakan2 masa mula2 buat bisnes Tone Excel ini dulu. Cara ini ada yang ikut dan ada yang tak ikut. Tetapi yang tak ikut dulu, sekarang ini, kebanyakan dah mula ikut, bila nampak kehidupan saya mula berubah, saya dah mula pakai kereta BMW, saya dah mula beli beberapa biji rumah, saya dah mula beli beberapa bidang tanah secara tunai, saya boleh beri sumbangan itu dan ini untuk jiran dan penduduk setempat, belikan beberapa ekor kerbau sewaktu raya korban untuk penduduk di Petaling Jaya, rakan2 yang tak join dulu, dah mula join, tapi ada juga yang tak nak join dan mula melarikan diri bila nampak saya... cuma kalau saya nampak pasti saya panggil mereka dan ajak minum kopi.

Itulah perkara yang saya lakukan di peringkat awal. Promote, promote, promote, promote, tak kira jumpa rakan2 diluar ke, atau rakan2 dalam facebook ke, twitter ke, linkedin ke, dalam email ke, semuanya saya hubungi dengan keadaan "yang penuh semangat", padahal waktu itu, komisyen pun tak ada lagi, ilmu pun setakat 10%-20% sahaja. Yang penting saya tahu macamana kita boleh dapat duit. Tanya pasal insurans, saya tak tahu, tanya pasal itu dan ini, kebanyakannya saya tak tahu, tapi tanya macamana program ini boleh buat duit, yang itu sayalah pakarnya.

Kepada rakan2 yang belum menyertai program ini, saya cadangkan jika anda ingin mengubah kehidupan kepada satu kehidupan yang amat berbeza dengan keadaan sekarang, jadilah pengguna simkad Tone Excel hari ini juga, jangan tangguh lagi, sehari anda bertangguh, maka semakin lambat untuk anda sampai ke destinasi 'Pulau Impian'.

Kalau anda faham kisah saya di atas, anda akan dapati kunci kejayaan itu salah satunya terletak dalam pantasnya kita bertindak. Apabila datang sesuatu peluang tersebut, peluang tersebut pula kita tahu adalah peluang keemasan, kalau kita bertindak pantas menyambarnya, kita akan beroleh keuntungan daripadanya, kalau kita asyik tangguh dan tangguh, kita sendiri tahu hasilnya kalau hidup penuh bertangguh.

Kalau anak2 tangguh buat kerja sekolah, kita tahu marah mereka dan nasihat, buat kerja jangan bertangguh, kerja mesti pantas. Tapi kebanyakan orang, nasihat tersebut bukan untuk diri sendiri, tapi untuk anak2 saja.

~ Sehari kita bertangguh untuk balik kampung, maka kita akan lambat sehari nak sampai kampung.
~ Sehari kita bertangguh untuk bertindak, maka kita akan lambat sehari menikmati kejayaan.
~ Sehari kita bertangguh untuk menyambar peluang, sehari suntuk kita habiskan baca testimoni ini tentang kejayaan orang lain, tetapi bukan kejayaan diri kita sendiri.

Sertai Tone Excel hari ini juga, hanya dengan menjadi Pengguna Simkad Tone Excel.

Kalau saya - bekas pekerja kilang, sekarang ini boleh dapat komisyen lebih setengah juta ringgit tiap2 bulan, kalau Hamka Marsaling (Tawau) - bekas budak pejabat, boleh dapat lebih RM50,000.00 komisyen SETIAP BULAN, ada pengguna simkad Tone Excel yang bekas penjual burger, bekas mat despatch, sekarang ini menerima komisyen hampir RM60,000.00 TIAP-TIAP BULAN dan ramai lagi contoh2 orang yang dulunya pekerja kelas F boleh mengubah kehidupan, saya amat yakin yang ANDA pasti boleh untuk mencapai sesuatu yang hebat dalam program ini.

Kalau ia bukan dianggap satu dorongan, jadikan ia satu cabaran dari saya kepada ANDA.

Kenapa saya gunakan perkataan 'bekas' pekerja kilang, 'bekas' mat despatch, 'bekas' penjual burger, kerana mereka itu semua tak berkerja sekarang ini, mereka sedang menikmati dunia baharu, duduk rumah, tak payah kerja dapat duit banyak. Kerana apa, kerana mereka inilah yang meletakkan kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri di peringkat awalnya, mereka bekerja sangat rajin dalam mempromosikan bisnes mereka sendiri dan sekarang adalah musim menuai untuk mereka.

Anda pilih, nak penat kerja kuat2 dalam Tone Excel selama 2 tahun dan beroleh pencen puluhan ribu selepas itu, atau kerja penat2 selama 20 tahun dan ambil skim pencen atau ambil EPF sekali seumur hidup ketika berumur 60 tahun nanti. Anda fikir, anda pilih kerana pilihan hari ini adalah penentu hari esok.

Sekarang langkah yang diperlukan adalah untuk bertindak.
SERTAI PROGRAM ini HARI INI JUGA.
Jadilah PENGGUNA SIMKAD TONE EXCEL.

Jadikan bisnes Tone Excel ini adalah bisnes anda sendiri, bukan bisnes kawan, bukan bisnes Mazelan Abas, bukan bisnes sesiapa, tetapi ini bisnes ANDA punya.

Dan buatlah apa yang sepatutnya kepada bisnes sendiri. Tanya diri sendiri, kalau aku dah ada bisnes sendiri, apakah yang perlu aku lakukan untuk berjaya dalam bisnes aku sendiri?

Tak mahu bertangguh lagi. Jom daftar SEKARANG!