Pendapatan

Terdapat 3 jenis pendapatan yang akan anda perolehi dengan menjadi ahli Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel atau dalam bahasa mudahnya, bertukar ke Kad Sim Tone Excel yang kegunaannya SAMA seperti kad sim telco-telco yang lain iaitu untuk membuat panggilan, sms dan internet. Yang memBEZAkannya adalah pengguna Kad Sim Tone Excel boleh buat duit tepi.


Jika anda dapat mengajak 1 orang rakan bertukar ke Kad Sim Tone Excel ini, anda akan mendapat upah sebanyak RM20 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.


Kalau anda dapat mengajak 10 orang rakan, anda akan mendapat RM200. Kalau anda dapat mengajak satu kampung anda seramai 100 orang, anda akan mendapat RM2,000. Kalau anda mampu mengajak 1000 orang untuk bertukar kad sim, anda bakal mendapat upah sebanyak RM20,000.

Anda boleh mengajak seberapa ramai rakan yang anda suka, tiada had. Anda ajak dapat upah, TAK ajak TAK dapat upah. Ini namanya PENDAPATAN AKTIF, buat kerja baru dapat upah, ajaklah rakan seramai mungkin.

Saya harap anda faham jenis pendapatan no. 1 ini. Jom kita baca cara mendapatkan pendapatan no. 2 pula.



Pendapatan kedua ini lebih baik dari Fast Track Bonus kerana ia PENDAPATAN PASIF. Rakan-rakan yang anda dapat ajak bertukar kad sim tadi, anda boleh biarkan mereka topup di mana-mana kedai yang mereka suka tanpa anda suruh. Mereka tidak perlu minta anda topupkan kerana anda bukan penjual topup.

Tapi, setiap kali mereka topup anda akan mendapat komisyen sehingga 26% dari nilai topup mereka walaupun anda sedang bekerja, bermain, tidur atau beristirehat. Di mana sekalipun mereka topup, komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap 21hb seolah-olah keseluruhan kedai yang menjual topup handphone di Malaysia ini adalah kedai milik anda.

Contoh pada Januari 2016,
ANDA mengajak Ali (Ali topup anda dapat 6%)
Ali mengajak Baldev (Baldev topup anda dapat 3%)
Baldev mengajak Chin (Chin topup anda dapat 11%)
Chin mengajak Darwin (Darwin topup anda tidak dapat apa-apa)

Anda dan semua rakan anda sepakat untuk topup RM50 sebulan, taknak lebih dan taknak kurang.

Maka, komisyen anda perolehi setelah Ali topup adalah RM3.00 (6% X RM50)
Komisyen anda perolehi setelah Baldev topup adalah RM1.50 (3% X RM50).
Komisyen anda perolehi setelah Chin topup adalah RM5.50 (11% X RM50).
Jumlah KOMISYEN TOPUP anda perolehi setelah 3 orang rakan anda (Ali, Baldev, Chin) topup adalah RM10 (pada Januari 2016). 


Bagaimana jika dalam setahun (Januari 2016 - Disember 2016),
ANDA berjaya ajak rakan-rakan seramai 9 orang (membentuk kumpulan A),
9 orang ni (A) berjaya ajak rakan-rakannya 10-11 orang setiap seorang (membentuk kumpulan B --> 97 orang) dan
97 orang ni (B) berjaya ajak rakan-rakannya 9-10 orang setiap seorang (membentuk kumpulan C --> 894 orang)

Semua orang dalam kumpulan A topup RM50, anda dapat komisyen RM27.00 (9 orang X 6% X RM50).
Semua orang dalam kumpulan B topup RM50, anda dapat komisyen RM145.50 (97 orang X 3% X RM50).
Semua orang dalam kumpulan C topup RM50, anda dapat komisyen RM4917.00 (894 orang X 11% X RM50).

Dan jumlah keseluruhan KOMISYEN TOPUP anda perolehi daripada mereka pada Disember 2016 adalah sebanyak RM5089.50 (RM27.00 + RM145.50 + RM4917.00) hanya kerana mereka semua topup di kedai-kedai topup serata Malaysia, bukan dengan anda. Ini baru rakan-rakan sahaja yang bertukar ke Kad Sim Tone Excel, bayangkan jika saudara-mara pun diajak untuk bertukar kad sim, tentu KOMISYEN TOPUP yang anda perolehi LEBIH BANYAK daripada ini.

ANDA dinasihatkan untuk mengajak keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan rapat seramai mungkin untuk membentuk kumpulan A. Biar keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan rapat anda mengajak pula kenalan mereka di tempat kerja, jiran mereka atau sahabat-sahabat mereka yang secara automatik akan membentuk kumpulan B. ANDA ramaikan rakan-rakan dalam kumpulan A sahaja. Secara tidak sedar kumpulan B, kumpulan C, kumpulan D dan seterusnya akan terbentuk dengan sendiri. Inilah kuasa mulut manusia yang memang fitrah semulajadi suka berkongsi cerita.

Cuba bayangkan, jika rakan-rakan anda tadi yang seramai lebih kurang 1000 orang guna Kad Sim Tone Excel tersebut selama 49 tahun, maka selama itulah anda dapat Komisyen Topup daripada mereka SETIAP BULAN. 1000 orang tu bukan anda seorang yang ajak tapi dibantu oleh rakan-rakan anda (Ali, Baldev dan Chin). Kalau diikutkan, anda ajak 9 orang sahaja pada asalnya dan rakan-rakan anda pun begitu, lama-lama jadi 1000 orang dan akan berganda lagi. Ini kerana rakan-rakan anda juga mahu menikmati komisyen seperti anda.

Sesiapa sahaja yang menjadi ahli Komuniti WOW! atau bertukar ke Kad Sim Tone Excel, secara automatik boleh menikmati komisyen yang boleh diwarisi ini selagi mana mereka menggunakan kad sim tersebut. Jadi, rebutlah peluang untuk menyertai program yang hebat ini. Ianya bukanlah satu perkara yang sukar, tukar kad sim sahaja.

Maklumat tambahan - Jika topup ANDA SENDIRI mencecah RM60 dan ke atas dalam sebulan, KOMISYEN TOPUP berubah seperti ini:

A - 6% >>> 10%
B - 3% > 3% (Kenapa % B tak berubah? Ini strategi syarikat, tak perlu fikir sangat. Lagipun kenalan kita adalah A, yang B entah kenal entah tidak). :-P
C - 11% >>> 13%

Maknanya, jika seorang A topup RM50 anda dapat komisyen sebanyak RM5 (10% X RM50) bukan lagi RM3 (6% X RM50). Wah! Kalau ada 21 orang A topup RM50, anda dapat komisyen sebanyak RM105 (10% X RM50). Boleh belanja family makan 3 ekor Ayamas Roasted Chicken tue!.. yum.. yum.. Komisyen daripada beberapa orang B dan C topup, ikut suko ekau la jang... huhu.

Kalau anda kurang faham jenis pendapatan no. 2 ini, saya nasihatkan anda jangan teruskan pembacaan cara mendapatkan pendapatan no. 3. Ulang baca perenggan KOMISYEN TOPUP di atas agar anda tidak bertambah keliru apabila baca perenggan BONUS TAHUNAN pula.



Formula pengiraan: BONUS x Pendapatan dari KOMISYEN TOPUP

Dalam sebulan, anda mengajak:

1 orang menjadi ahli Komuniti WOW! - anda dapat BONUS 5%
2-4 orang menjadi ahli Komuniti WOW! - anda dapat BONUS 10%
5-9 orang menjadi ahli Komuniti WOW! - anda dapat BONUS 15%
Lebih 10 orang menjadi ahli Komuniti WOW! - anda dapat BONUS 20%

Contoh KOMISYEN TOPUP anda pada bulan Januari 2017 adalah RM5089.50 (hasil topup 1000 orang rakan tadi tu).

Jadi, jika dalam bulan Januari 2017 anda dapat mengajak 1 LAGI rakan baharu (anda punya rakan yang ke-1001 la ni) menjadi ahli Komuniti WOW!, BONUS TAHUNAN anda bagi bulan Januari 2017 adalah RM254.47 (5% X RM5089.50).

Tapi, lain pula ceritanya kalau bulan Januari 2017 anda dapat mengajak 6 LAGI rakan baharu (fuuh, dah 1006 orang rakan anda) menjadi ahli Komuniti WOW!, BONUS TAHUNAN anda bagi bulan Januari 2017 akan menjadi RM763.42 (15% X RM5089.50).

*************************************************************

Contoh KOMISYEN TOPUP anda pada bulan Mei 2017 telah naik kepada RM7816.30 kerana ada keahlian baharu dan mereka semua topup.

Jadi, jika dalam bulan Mei 2017 anda dapat mengajak 8 LAGI rakan baharu menjadi ahli Komuniti WOW!, BONUS TAHUNAN anda bagi bulan Mei 2017 adalah RM1172.44 (15% X RM7816.30).

Tapi, lain pula ceritanya kalau bulan Mei 2017 anda dapat mengajak 11 LAGI rakan baharu menjadi ahli Komuniti WOW!, BONUS TAHUNAN anda bagi bulan Mei 2017 akan menjadi RM1563.26 (20% X RM7816.30).

*************************************************************

Bonus setiap bulan yang anda perolehi ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 21hb Januari tahun berikutnya.

Kalau setiap bulan anda dapat ajak lebih 10 rakan baharu, maka BONUS TAHUNAN yang maksimum iaitu 20% bakal anda perolehi. Tapi, jika sesuatu bulan contoh bulan Mac anda tidak dapat mengajak walau seorang pun menjadi ahli, maka BONUS TAHUNAN anda bagi bulan Mac adalah RM0. Bonus untuk 11 bulan yang lain sahajalah akan dikira.

Bagaimana pula kalau prestasi kita sebijik macam contoh di atas? Bulan Januari 2017 anda dapat ajak 6 rakan baharu jadi ahli, 11 bulan yang lain tak dapat ajak sesiapa sebab sibuk kerja. KOMISYEN TOPUP pula memang RM5089.50 hasil usaha tahun 2016. Maknanya 21hb Januari 2018 nanti, BONUS TAHUNAN yang akan masuk ke dalam akaun bank anda adalah sebanyak RM763.42 (15% X RM5089.50). Ok, ker? 

*************************************************************

Kalau baca sekali lalu jenis-jenis pendapatan ini mungkin ada di antara anda yang masih kabur. Tak perlu pening kepala, buat cara senang ja, fokus pendapatan no. 1 (FAST TRACK BONUS). Ajak seorang rakan jadi ahli, terus dapat upah RM20. Pendapatan no. 2 dan no. 3 akan mengikut anda tanpa sedar. Tunggu sahaja duit masuk dalam akaun bank.

Bagaimana kalau kita ini jenis malas nak buka mulut? Jangan bimbang, anda tetap mendapat kelebihan lain sebagai pengguna Kad Sim Tone Excel seperti points topup, rebate hotel, cabutan bertuah, pulangan tunai 3% dan banyak lagi kerana syarikat tidak pernah mewajibkan ahli Komuniti WOW! perlu promote orang lain jadi ahli, cuma digalakkan ja. Alang-alang jumpa program baik, apa salahnya berkongsi cerita. Dapat juga BUAT DUIT TEPI tanpa meninggalkan pendapatan utama. Daripada sebelum ni, kita sibuk promote dekat kawan-kawan agar makan di Restoran Mak Cun (contoh) sebab makanannya sedap tapi Mak Cun (contoh) tak pernah beri komisyen kepada kita walau lima sen pun, kan... kan...

Nak sertai? Klik di SINI.