JANGAN KETINGGALAN!

Ketahui kenapa semakin ramai orang berebut-rebut menjadi ahli Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel.

Tone Excel Sdn. Bhd. & Tune Talk Sdn. Bhd. telah mengadakan satu program di mana sebagai pengguna talian prabayar (prepaid), anda akan diberi berbagai-bagai kelebihan dan salah satunya adalah sebagai alat untuk menjana pendapatan sampingan yang amat lumayan, dapat tiap-tiap bulan, pendapatan tersebut pula boleh diwariskan. Semuanya ini anda boleh miliki dengan hanya menjadi ahli Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel.

Pernahkah anda tahu wujudnya program ini?

Maklumat Asas Mengenai Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel.

1. Yuran pendaftaran adalah RM98.60 (sekali sahaja seumur hidup).

2. Anda akan dibekalkan sekeping Kad Sim Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk menggunakan prasarana Celcom dengan kredit tersedia sebanyak RM30, Data 1.5GB, 70 Points Tune Talk, Cash Back RM0.90 dan nama anda dimasukkan ke dalam kotak cabutan bertuah.

3. Kadar panggilan RM0.28/minit dan RM0.12/SMS. Kadar rata dan sederhana ke semua jenis telco tanpa mengira waktu, siang atau malam, friends atau bukan friends.

4. Kadar internet:
  • Pay Per Use - RM0.08/1mb
  • Harian - RM1.88/50mb
  • Bulanan - RM38/1gb atau RM99/3gb

Syarat Menjadi Ahli Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel.

1. Had umur 12 tahun dan ke atas.

2. Mesti mempunyai akaun bank di Malaysia kerana bonus dan komisyen akan di-transfer ke akaun bank-bank dalam Malaysia sahaja.

3. Wajib menggunakan Kad Sim Tone Excel kerana jika kad sim expired, automatik keahlian juga akan terbatal.

Antara Kelebihan Menjadi Ahli Program Rujukan Komuniti WOW! Tone Excel.

1. Dapat sekeping kad sim pertama di Malaysia yang mempunyai mata ganjaran.

Seperti Kad Mesra Petronas, Bonuslink Shell yang memberi points apabila anda mengisi minyak, Kad Sim Tone Excel pula memberi anda points apabila anda topup. Points ini boleh tebus tiket Air Asia, tiket wayang, smartphone, kredit panggilan dan macam-macam lagi. Points ini tiada tarikh luput.



2. Boleh kekalkan no. lama jika mahu.

Disebabkan ahli Komuniti WOW! wajib menggunakan Kad Sim Tone Excel ini untuk call/sms/internet, anda diberi pilihan samada ingin menggunakan nombor baharu yang diberikan oleh Tune Talk yang biasanya bermula dengan 010 / 0111 atau anda boleh kekalkan nombor lama dari telco terdahulu untuk di-portin ke dalam kad sim ini. Asalkan nombor lama tersebut didaftarkan menggunakan IC anda.


3. Topup Tune Talk mudah didapati di mana-mana sahaja.

Untuk kepastian, anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang menjual topup berhampiran rumah anda, 7-Eleven atau stesyen minyak dan tanya samada mereka ada jual topup Tune Talk atau tidak. Jangan tanya topup Tone Excel (ni nama program rujukan), tanya topup Tune Talk. Jika anda tahu internet dan ada Maybank2u atau CimbClick, cuba topup melalui online, tengok ada atau tidak topup Tune Talk. Anda juga boleh buat autotopup guna CimbClick atau PayPal.

Anda boleh topup RM5, RM10, RM30, RM50, RM60, RM100 atau RM300. Senang kata, apa jua nilai yang ingin anda topup, ada dijual di luar sana. Coverage pula ikut Celcom, sesuatu kawasan tu Celcom ok, Tune Talk pun ok.


4. Setiap kali topup dapat kredit dan data percuma dengan pulangan tunai 3%.

TOPUP RM10 ==>> Dapat 10 Minit Panggilan (Semua Rangkaian) dan 10 SMS Percuma (Sama Rangkaian)

TOPUP RM30 ==>> Dapat Data 1.5GB

TOPUP RM50 ==>> Dapat Data 2GB dan 50 Minit Panggilan Percuma (Semua Rangkaian)

Bermula 1 Mac 2014, bilamana anda topup RM30 dan ke atas dalam sebulan, anda dapat pulangan tunai 3% dari nilai topup anda itu.

Contoh 1: Anda topup RM30 sebulan, anda dapat tunai RM0.90
Contoh 2: Anda topup RM50 sebulan, anda dapat tunai RM1.50

Pulangan tunai (cash back) ini akan di-transfer ke dalam akaun bank anda.


5. Dapat insurans kemalangan bernilai RM50,000 daripada Etiqa Takaful.

Sebagai ahli Komuniti WOW!, anda akan diberikan insurans kemalangan percuma daripada Etiqa Takaful bernilai RM50,000 dengan syarat topup anda mestilah minimum RM50 dalam sebulan. Untuk pengetahuan anda, pampasan akan diberikan bilamana terjadinya kematian atau cacat kekal akibat kemalangan jalan raya (bukan kenderaan 2 roda). Kemalangan sewaktu pembabitan di dalam sukan yang berbahaya seperti payung terjun, scuba diving, luncur air dan lain-lain tidak termasuk dalam polisi insurans ini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai insurans ini, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di talian 13100 / 03 - 2772 0000 (8pg - 10mlm) atau klik di sini.

Walaupun dia cover tak banyak, berbaloilah dengan apa yang kita keluarkan. RM50 beli topup untuk diri sendiri dapat perlindungan insurans, bukan RM50 tu kita beri kepada Etiqa Takaful semata-mata. Kalau nak insurans yang cover macam-macam seperti kemalangan kerana menunggang motorsikal, kecederaan dalam aktiviti sukan berbahaya, cacat sementara dan lain-lain, boleh aja bayar amount tertentu ke mana-mana syarikat insurans seperti RM50 sebulan ka, RM100 sebulan ka, RM200 sebulan ka mengikut skop perlindungan dan skala manfaat keperluan diri kita. Persoalannya, sudah berapa lama kita pakai HP? Ada mana-mana telco yang berikan perlindungan insurans kepada kita?

Lagipun, anggap sahaja insurans ini hadiah daripada Tone Excel atas kelayakan anda kerana topup RM50 sebulan. Kalau tak mahu, Tone Excel tak paksa, mungkin duit tu Tone Excel boleh gunakan untuk beli hadiah yang mahal sikit dalam cabutan bertuah mingguan/tahunan nanti.

Di bawah ini ada satu contoh seorang sahabat kita, belum berkahwin, baru pakai line Tune Talk selama 3 bulan, meninggal dunia kerana kemalangan kereta, syukur kerana ibubapa arwah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 dari Tune Insurance (sebelum ditukar ke Etiqa Takaful atas permintaan ramai). Memang kehilangan arwah dan kesedihan tidak boleh digantikan dengan wang ringgit, cuma sekurang-kurangnya duit tersebut mampu mengurangkan sedikit beban kehidupan yang ditanggung oleh keluarga beliau.


Ini baru kelebihan yang ke-5 untuk ahli Komuniti WOW!. Mari tengok kelebihan lain pula.

6. Rebate 30% menginap di mana-mana cawangan Tune Hotel seluruh dunia.

Penginapan yang kita dapat di sini bukan kosong ja... Tone Excel dah dapatkan kita pakej lengkap iaitu termasuk 24 hours aircond, towel rental with free amenity pack, 24 hours tv/astro/wifi/internet.

Maklumat lanjut ada di laman web Tone Excel. Ada telco lain bagi macam ni?


7. Dapat masuk cabutan bertuah, peraduan dan macam-macam lagi.

Mingguan: hadiah-hadiah seperti handphone, payung, t-shirt, cap, dongle, tablet, cash dan sebagainya telah disediakan. Pengguna Kad Sim Tone Excel yang bertuah akan bawa pulang barangan tersebut semasa berlangsungnya preview di HQ, Sri Petaling.

Tahunan (2017): Ajak 2 orang sahaja rakan dalam setahun (1.1.2017 - 31.12.2017) bertukar ke Kad Sim Tone Excel, berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1,000,000 (1 JUTA).


Anda juga berpeluang mendapat pakej pelancongan percuma ke luar negara. Pakej ini ditanggung 100% oleh Tone Excel meliputi tiket kapal terbang pergi dan balik serta hotel penginapan, malah duit poket untuk berbelanja juga diberikan kepada yang bertuah. Pernahkah kad sim yang anda gunakan sekarang berikan kelebihan ini?




Tahun 2016 ini mungkin Ho Chi Minh dan Istanbul destinasi pelancongan anda bersama keluarga tercinta.




8. Boleh buat duit tepi.

Buat pertama kali di Malaysia, sebuah syarikat telekomunikasi memberi peluang pendapatan kepada para pelanggannya dengan berkongsi hasil keuntungan mereka. Dengan peluang yang hebat ini, membolehkan anda menikmati pendapatan tanpa had.

Terdapat 3 jenis pendapatan yang akan anda perolehi dengan menjadi ahli Komuniti WOW! ini:

1. Insentif anda mengajak kawan menjadi ahli Komuniti WOW!

2. Komisyen bila kawan-kawan anda pergi beli topup di kedai menjual topup.

3. Bonus apabila tahun baharu menjelma.


Inilah bahagian yang paling seronok untuk anda fahami dengan lebih mendalam. Baca selanjutnya di SINI.